Wednesday 1 April 2015

Popia Pisang Coklat Cheese

As salam...

Kulit popia ada lagi...saya nak buat popia pisang lah...lepas tu terpikir pulak...apa kata buat mcm pisang goreng cheese...yg bezanya...pisang tu kita balut dgn kulit popia,sira dgn susu pekat...lepas tu tabur cheddar cheese...mesti sedap...lalala...

Jadi...jom masuk dapur...
Resepi Popia Pisang Coklat Cheese

Bahan
- kulit popiah
- pisang berangan potong kecil
- coklat chips
- gula pasir
- larutan tepung gandum sbg gam
- minyak utk menggoreng
- parutan cheddar cheese

Bahan sos susu pekat
- 2 sudu makan susu pekat
- 3 sudu makan air
- 1 sudu makan buter

Cara

  1. Bentang kulit popiah di atas pinggan.
  2. Letak pisang, tabur gula dan coklat cip.
  3. Gulung dan sapu gam tepung gandum dihujung kulit popia.
  4. Kemaskan balutan.
  5. Buat sehingga habis.
  6. Panaskan minyak. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan.
Sekarang,kita buat sos susu pekat.
  1. Satukan susu, air dan butter.
  2. Panaskan hingga butter larut. Tutup api.
  3. Masukkan popiah yg telah digoreng.
  4. Gaul hingga semua sebati.
  5. Angkat dan taburkan cheddar cheese.
  6. Siap!
Hasil kejadian...sedapnya...tak tipu...pisang dgn coklat...memang geng yg paling ngam...lepas tu tabur pulak cheedar cheese...ada rasa masin2 sikit...kombinasi yg cemerlang lah...si nombor lima makan tiga ketul...si nombor tiga cakap nak bawak pi sekolah esok...tapi si nombor dua...hmmmm...dia mintak nasik je...nanti mak cuba buat popia nasi pulak utk awak ya!

Kalau sapa takmau sira susu dan letak cheddar cheese pun takpa...rasa popia tu masih lagi meletops...
Haishhhh...apa ditunggu lagi...selamat mencuba...

Babai

1 comment: